BERITA baik untuk pemilik motosikal di seluruh negara, terutamanya bagi mereka yang meyakini Shell Advance untuk mendapatkan perlindungan pelinciran bagi enjin motosikal mereka! Shell Advance, jenama minyak enjin motosikal yang terkemuka di Malaysia, akan mengadakan pertunjukan bergerak di serata Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak selama 4 bulan dari 7 Julai hingga 29 Oktober 2017 untuk berinteraksi dengan para penunggang tegar. Pertunjukan bergerak ini, yang menandakan permulaan kempen jenama baru Shell Advance bertema ‘Redah Segalanya’, akan diadakan di tempat-tempat yang popular di kalangan penunggang motosikal seperti bengkel motosikal, pusat membeli-belah dan pasaraya besar. Pelbagai acara menyeronokkan dan barangan, termasuklah tiket ke MotoGP™ Shell Malaysia 2017, menanti para pengunjung di setiap lokasi. Untuk mendapatkan senarai lengkap lokasi, sila ke www.shell.com.my/ advanceroadshow . Pertunjukan bergerak ini akan membawakan cabaran khas ‘...