Posts

Showing posts from May, 2017

MYVI SEJUTA

Image
PERODUA Myvi mencatatkan sejarah tersendiri apabila bakal menghasilkan unit yang ke-1,000,000 pada bulan Mei 2017 sejak dilancarkan pada 2005. Model kompak pilihan pelbagai golongan ini terus menjadi kereta paling laris jualannya selama 12 tahun di Malaysia sehingga penghujung 2014. Myvi juga dieksport ke 7 buah negara seperti Sri Lanka, Mauritius, Brunei, Singapura, United Kingdom, Fiji dan Nepal dan untuk pasaran Indonesia di bawah jenama Daihatsu Sirion. Jumlah Eksport: Indonesia 31,000 unit daripada 35,400 unit keseluruhan sejak 2006.

PAKEJ SERVIS DUCATI

Image
BUAT pemilik motosikal Ducati kini boleh melegakan nafas yang panjang. Nikmati Servis Pintar Ducati dengan setiap pembelian motosikal baru jenama itu anda bakal menikmati dua tahun alat ganti percuma termasuk minyak enjin atau 30,000 km termasuk servis DESMO tertakluk kepada terma dan syarat. + Enam model baru 2017 menjadi taruhan Ducati iaitu M ultistrada 950, Monster 797, Supersport dan Supersport S, Scrambler CafĂ© Racer dan Scrambler Desert Sled.

SIRI AMG

Image
Rangkaian enam model prestasi dan mewah siri Mercedes-AMG 43 kini dilancarkan di Malaysia sempena sambutan ulangtahun ke-50 AMG. Enjin 3.0 liter V6 biturbo termasuk kotak gear 9G-Tronic memberikan kepuasan pemanduan serta kawalan lebih mantap sesuai buat mereka yang berjiwa kelajuan. Mercedes-AMG C 43 4MATIC Mercedes-AMG C 43 4MATIC Coupe Mercedes-AMG E 43 4MATIC Mercedes-AMG GLC 43 4MATIC Mercedes-AMG GLC 43 4MATIC Coupe  Mercedes-AMG SLC 43  Ruang dalaman Mercedes-AMG SLC 43  Rangkaian siri model Mercedes-AMG 43 

TAWARAN RAYA FORD

Image
SEMPENA sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi Ford memberi tawaran menarik untuk pelanggan baru. Ruang pameran Ford seluruh negara akan memberikan baucar tunai menarik untuk barangan elektrik bernilai sehingga RM15,000 bagi setiap pembelian untuk model-model Ford terpilih*. Tawaran bermula dari sekarang hingga 31 Julai 2017. Dengan setiap pembelian, para pelanggan juga berpeluang membawa pulang bekas makanan dua tingkat edisi terhad untuk mengekalkan kesegaran makanan perayaan (sementara stok masih ada). Untuk pemilik sedia ada bermula dari 15 Mei hingga 30 Jun, pelanggan-pelanggan Ford bakal menikmati promosi servis bagi model-model kenderaan Ford terpilih: ● ‘Diskaun alatan gantian’ sehingga 20 peratus bagi alatan terpilih termasuk pakej bilah ‘wiper’, brek dan ‘timing belt’. ● 10 peratus ‘diskaun buruh’ untuk pakej pelincir, brek dan ‘timing belt’ dengan ganjaran 27-mata Vehicle Health Check serta hadiah. ● Pelanggan yang memilih Pakej Penjimatan Miny...

MODEL BARU MODENAS

Image
MODENAS melancarkan 3 buah model dalam segmen baru hasil kerjasama dengan Bajaj Auto Limited (BAL) pengeluar motosikal dari India yang juga paling besar di rantau ini! PULSAR NS200 (naked street bike) dan PULSAR RS200 (race bike) dengan ABS dijana dengan enjin 199cc dan V15 dengan 150cc. PULSAR NS200 dijual pada harga RM9,222, PULSAR RS200 RM11,342 dan V15 pada rege RM5,989 (Semua harga termasuk GST). MODENAS PULSAR NS200 MODENAS PULSAR RS200 MODENAS V15

PROMOSI PROTON BERBALOI

Image
PROMOSI menarik daripada Proton dengan pembelian mana-mana model baru anda berpeluang mendapatkan kerusi kereta bayi bernilai RM1,000 pada harga RM299 sahaja. Kempen ini berlangsung sehingga hujung Mei 2017. Ayuh dapatkan segera~! KEMPEN LAIN YANG MENARIK Peraduan berlangsung bermula March 2017. • Seiring dengan slogan Syarikat iaitu It’s in the Drive, peraduan ini merupakan antara usaha untuk menggalakkan para pelanggan memandu uji kereta-kereta Proton, bagi merasai pengalaman pemanduan  kereta-kereta tersebut dan pada masa yang sama mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ciri-ciri yang  terdapat pada kereta Proton terutamanya ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif yang menjadikan kereta  tersebut menerima penarafan keselamatan 4 dan 5 bintang dari ANCAP dan ASEAN ANCAP. • Hadiah bernilai RM7,000 untuk dimenangi setiap bulan, termasuk 2 pemenang mingguan bagi kad petrol  bernilai RM500 setiap satu dan seorang pemenang bulanan yang akan menerima wang tunai bern...